Thursday, 12 April 2012

Tsunami... ujian atau peringatan??

Duhai umat manusia...

apakah kita masih leka?
apakah kita masih mahu begini?
mengikuti arus kemodenan tanpa memikirkan suruhanNya?

insaflah manusia...
tika bumi bergegar, tika bumi hampir pecah dua...
apakah yang engkau rasa?
takut?
takut mati ya?
kalau takut, apa yang kau lakukan sekarang?
masih lagi mahu berpoya2..
mengejar duniawi..

sedarlah manusia..!!
mengapa kau tidak mahu lakukan suruhanNya..
mengapa laranganNya sahaja yang engkau ingin lakukan...

manusia....
ya, manusia tiada yang sempurna...
dan kesempurnaan itu memang sukar untuk dicapai..
tapi kita seharusnya berusaha kearah kebaikan bukan?
pernah kau cuba untuk berubah?
pernah kau tekad untuk meniggalkan segala perbuatan khlaf kau dahulu???

ayuh.. bangkitlah......
SEDARLAH...!!!

Jangan tunggu hingga bumi bergegar, berpusing, dan memuntahkan segala isi perutnya baru kau nak berubah......

ingat lah manusia....

(sampaikan lah peringatan kepada umat dunia walaupun hanya sebaris ayat.. ) =)

Islam ku

Assalamu’alaikum sahabat2..

Wahai Insan..
Engkau adalah Islam atas IC..tapi, bukan pada kenyataannya..
Kerana engkau menutup apa yang patut ditutup..tapi, engkau sisihkan syariat penutupan aurat Islam yang sebenar..
Namun, engkau marah bila Islam di hina di dunia..
Tapi, engkaulah yang sebenarnya mencerminkan Islam di mata dunia..

Wahai Insan..
Engkau mendengar apabila dinasihati..malah engkau menangis bila terdetik keinsafan..
Namun, sayangnya..keinsafanmu tidak berpanjangan..
Engkau menyalahkan takdir Allah yang tidak memberimu hidayah..
Tapi, engkau tidak pernah tahu apa itu hidayah yang sebenar..

Wahai Insan..
Indahnya dirimu dimata mereka kerana kecantikanmu..
Tapi, alangkah buruknya Islam di mata mereka kerana ia terpancar dari dirimu..
Islam di salah ertikan..kerana engkaulah yang mencerminkannya..

Wahai Insan..
Bila kata2 taubat disarankan padamu..
Engkau hanya tersenyum atau mencemuh..
Tidak ada terdetik di hati untuk berubah..
Kerana engkau tidak pernah merasakan nikmat Islam yang sebenar..
Hanya yang engkau tahu..aku pasti akan berubah..
Tapi..engkau tidak pernah berusaha untuk berubah..
Kerana Iman mu belum kukuh untuk menangkis hasutan sekelilingmu..
Maka..angan2 untuk menjadi Islam yang sebenar hanya tinggal angan2..
Kerana engkau membaca tanpa hati..
Maka hanya mata memandang kata2...namun tiada kesan di hati..


dipetik dari -
EXCO DAKWAH & TARBIYAH PERKIM UUM-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...