AUKU...?...apa tu..?
sound like Akta...
yes,..AUKU : Akta Universiti dan Kolej Universiti..
tiba-tiba isu AUKU ini menjadi panas..
kata-kata supaya akta dimansuhkan kerap dilaungkan...
kenapa perlu mansuh?..pinda tak boleh ke?..
adakah semua seksyen di dalam akta tersebut tidak boleh diguna pakai?..
seksyen yang paling kerap dipersoalkan adalah seksyen 15..
benarkah kita nih faham apa itu AUKU?..apa fungsi AUKU?..penting ke x penting AUKU nih ?..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 2009
Penggantian seksyen 15
8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan
seksyen yang berikut:
“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
bersekutu dengan persatuan, dsb.
15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamana
undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau
di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar
Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib
Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti
yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan
boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau
urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan
8 Undang-Undang Malaysia Akta A1342
atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan
di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia
di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam
atau di luar Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib
Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk
menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan,
badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan,
badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri
di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi
kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar
Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan
perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat
yang difikirkannya patut.
(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang
ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan,
boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh
semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan
kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah
perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai
demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau
Universiti itu.
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 9
(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar
Universiti tidak boleh dihalang daripada—
(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara
akademik yang berhubungan dengan perkara
yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau
penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut
dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium
atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan
atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama
ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan
atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri
di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak
sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar
atau Universiti itu.
(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar
subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah
diuruskan mengikut seksyen 16.”.
Pindaan seksyen 15a
9. Seksyen 15a Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen
yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen
(1) boleh dikenakan tindakan tatatertib.”;
(b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen
yang berikut:
“(3) Naib Canselor boleh, dalam mana-mana hal
tertentu, memberikan pengecualian kepada mana-mana
10 Undang-Undang Malaysia Akta A1342
orang daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk
kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya
patut.”; dan
(c) dengan memotong subseksyen (4).
Penggantian seksyen 15b
10. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15b dengan
seksyen yang berikut:
“Tanggungan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan
pelajar
15b. Jika suatu kesalahan boleh daftar telah dilakukan
di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan
itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas
nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah
atau mengikut Perlembagaan, tiap-tiap orang yang disabitkan
atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu hendaklah
diuruskan mengikut seksyen 16.”.
Pemotongan seksyen 15c
11. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 15c.
Penggantian seksyen 15d
12. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15d dengan
seksyen yang berikut:
“Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan
boleh daftar dan perkara yang berhubungan dengan
penahanan, dsb.
15d. (1) Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduh atas
suatu kesalahan boleh daftar—
(a) dia boleh, mengikut budi bicara Naib Canselor,
digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 11
(b) jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa
prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau
memasuki Kampus.
(2) Jika seseorang pelajar Universiti yang dipertuduh
atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1)
disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
(3) Jika seseorang pelajar Universiti ditahan atau tertakluk
kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya
di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan
dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri,
pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.
(4) Seseorang pelajar Universiti yang ditahan atau tertakluk
kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke
atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang
berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan
dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa
jua sebab, boleh, dengan persetujuan Senat, dibenarkan untuk
menduduki peperiksaan Universiti itu tertakluk kepada apaapa
perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh
Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri
atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut
kehendak keadaan.
(5) Seseorang pelajar Universiti yang digantung daripada
menjadi pelajar Universiti itu di bawah subseksyen (1) boleh,
semasa dia digantung sedemikian, diterima masuk sebagai
pelajar mana-mana Universiti yang ditubuhkan di bawah
Akta ini dengan kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri
memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apaapa
terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(6) Seseorang pelajar Universiti yang terhenti menjadi
seorang pelajar di bawah Akta ini boleh diterima masuk
sebagai pelajar Universiti itu atau mana-mana Universiti
lain yang ditubuhkan di bawah Akta ini dengan kelulusan
bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu,
Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang
difikirkannya patut.
12 Undang-Undang Malaysia Akta A1342
(7) Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atau
prosiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan mana-mana
prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar Universiti bagi
suatu kesalahan boleh daftar, berkeputusan dengan pelepasan
atau pembebasannya, pelajar itu, jika digantung daripada
Universiti atau telah menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan,
mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibenarkan
untuk menyambung semula pengajiannya di Universiti itu dan
tempoh penggantungan atau pemenjaraan itu, mengikut manamana
yang berkenaan, tidak boleh diambil kira dalam mengira
tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan
kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.
(8) Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen,
rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah atau mana-mana
pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintah tahanan
terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas
seseorang pelajar Universiti di bawah mana-mana undang-undang
bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau
keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya
atau sekatan yang dikenakan ke atasnya dibatalkan, pelajar itu
hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya
di Universiti itu dan tempoh tahanan dan sekatan yang dia
tertakluk kepadanya tidak boleh diambil kira dalam mengira
tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan
kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.”.
peraturan dan undang-undang bukanlah untuk mengongkong ...
bayangkan hidup tanpa peraturan...tanpa sistem yang mengawal..adakah ianya akan berjalan dengan lancar?..
p/s: sama-sama kita fikirkan..make some action on this.to the positive move..(^_^)" ..
salah dan silap mohon ditegur..