Thursday, 15 March 2012

Orang Rusia suka membaca

assalamualaikum wrb

~dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

ayuh! ucapkanlah alhamdulillah, tanda syukur kepada ya Rabb atas segala kenikmatan yang diberikan kepada kita. jika ingin dihitung nikmat yang Allah berikan kepada kita, sudah tentu sampai bila-bila ianya tak akan habis.

kata orang, jauh perjalanan, luas pengetahuan. memang betul! sokong 100%. hehe... bukan apa, sejak  bermusafir ni, macam-macam yang telah aku tengok dan macam-macam yang telah aku lalui. jadi, untuk berkongsi pengalaman aku itu, aku akan buat slot "warna-warni perjalananku". slot ni aku akan kupas, cerita dan berkongsia warna-warni kota Moscow dan pengalamanku ketika bermusafir ini. huhu.. moga dipermudahkan oleh Allah untuk aku menaip artikel-artikel tersebut.


jom baca!

untuk kali ini aku nak 'story' mengenai 'budaya membaca' masyarakat Eropah amnya dan masyarakat Rusia khasnya. kalau semua nak tahu, kenapa kebanyakkan negara eropah mendahului dalam kemajuan baik dari segi infrastruktur, teknologi dan juga ilmu? hal ini kerana, budaya membaca serta kesedaran menuntut ilmu dalam kalangan masyarakatnya yang sangat tinggi. kalau kat sini, mana-mana sahaja boleh lihat masyarakatnya sedang membaca. baik dalam kereta api, bas, ketika menunggu bas atau ketika di kedai makan.

membaca juga tanpa mengenal tempat.

untuk pengetahuan semua, yang lebih menariknya, bukan golongan muda atau remaja atau dewasa sahaja yang suka membaca. tapi, golongan emas atau orang tua pun cukup gemar membaca! seriously, aku tak tipu. umur mereka mungkin sama umur dengan atuk dan nenek kita. boleh bayang tak? huhu... kadang-kadang aku terfikir, pernah ke aku lihat 'nenek' di Malaysia membaca dalam LRT atau dalam bas? aku boleh jamin sangat-sangat jarang kita lihat. betul tak? tapi kat sini aku cukup kagum dengan budaya mereka yang sentiasa dahagakan ilmu. kajian juga ada menunjukkan bahawa membaca mampu menguatkan minda. sebab itu lah aku rasa nenek dan atuk kat sini nampak sangat sihat! mungkin mereka mengamalkan budaya membaca ni kot. hehe...

menuntut ilmu tanpa mengenal usia.
ilmu Allah sangatlah luas.
hanya tanya pada diri,
mahu atau tidak dengan ilmu it....


teringat aku akan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Baginda Rasulullah SAW,


wahyu ini menyuruh umat Islam membaca serta mencari ilmu. "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad".  tetapi, menjadi satu persoalan, kenapa budaya itu kurang dipraktikkan dalam kalangan umat Islam? ini menjadi satu cabaran buat diri aku serta para pembaca bagi menyahut 'seruan Allah' ini agar membudayakan ilmu, insha Allah. Ilmu Allah tersangatlah luas dan banyak, jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa tiada apa untuk dibacakan. teringat kata-kata ilmuan Islam yang terkenal, "semakin banyak aku mempelajari ilmu itu, semakin aku merasakan diri ini jahil." jelas menunjukkan bahawa ilmu itu luas, seluas-luasnya!

kesimpulan yang dapat aku buat adalah, ayuh! mari kita semua membudayakan membaca ini dalam kehidupan seharian kita. confirm, dengan membaca ni sedikit pun kita tak rugi. membacakan jambatan ilmu. tapi kalau membaca bahan-bahan yang tidak berfaedah tu, pandai-pandai la fikir ye.... huhu...


ok la. jumpa lagi, insha Allah.. "bangsa membaca, bangsa berjaya!"

assalamualaikum wrb.

p/s- Ini pengalaman rakanku Muhammad Ashrul Affiq bin Abdul Halim yang kini menyambung pelajaran di I.M Sechenov Moscow Medical University,Rusia.. http://mashilife.blogspot.com


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Indahnya melihat budaya sebegini,dan betapa indahnya jika budaya ini dapat diterapkan dalam jiwa setiap anak Malaysia yang sering berkata " ishh..MALU LA ".Ya,rakyat Malaysia memang "pemalu". Jika hal ini berlaku,kukira akan hilanglah budaya rempit,masalah kebejatan akhlak akan terbendung,tiada lagi isu pembuangan bayi,rogol,bunuh,rompak dan sebagainya malah akan lahirnya masyarakat yang berpengetahuan dan tinggi nilai moralnya..

BERSAMA KITA MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...