Thursday, 12 April 2012

Tsunami... ujian atau peringatan??

Duhai umat manusia...

apakah kita masih leka?
apakah kita masih mahu begini?
mengikuti arus kemodenan tanpa memikirkan suruhanNya?

insaflah manusia...
tika bumi bergegar, tika bumi hampir pecah dua...
apakah yang engkau rasa?
takut?
takut mati ya?
kalau takut, apa yang kau lakukan sekarang?
masih lagi mahu berpoya2..
mengejar duniawi..

sedarlah manusia..!!
mengapa kau tidak mahu lakukan suruhanNya..
mengapa laranganNya sahaja yang engkau ingin lakukan...

manusia....
ya, manusia tiada yang sempurna...
dan kesempurnaan itu memang sukar untuk dicapai..
tapi kita seharusnya berusaha kearah kebaikan bukan?
pernah kau cuba untuk berubah?
pernah kau tekad untuk meniggalkan segala perbuatan khlaf kau dahulu???

ayuh.. bangkitlah......
SEDARLAH...!!!

Jangan tunggu hingga bumi bergegar, berpusing, dan memuntahkan segala isi perutnya baru kau nak berubah......

ingat lah manusia....

(sampaikan lah peringatan kepada umat dunia walaupun hanya sebaris ayat.. ) =)

Islam ku

Assalamu’alaikum sahabat2..

Wahai Insan..
Engkau adalah Islam atas IC..tapi, bukan pada kenyataannya..
Kerana engkau menutup apa yang patut ditutup..tapi, engkau sisihkan syariat penutupan aurat Islam yang sebenar..
Namun, engkau marah bila Islam di hina di dunia..
Tapi, engkaulah yang sebenarnya mencerminkan Islam di mata dunia..

Wahai Insan..
Engkau mendengar apabila dinasihati..malah engkau menangis bila terdetik keinsafan..
Namun, sayangnya..keinsafanmu tidak berpanjangan..
Engkau menyalahkan takdir Allah yang tidak memberimu hidayah..
Tapi, engkau tidak pernah tahu apa itu hidayah yang sebenar..

Wahai Insan..
Indahnya dirimu dimata mereka kerana kecantikanmu..
Tapi, alangkah buruknya Islam di mata mereka kerana ia terpancar dari dirimu..
Islam di salah ertikan..kerana engkaulah yang mencerminkannya..

Wahai Insan..
Bila kata2 taubat disarankan padamu..
Engkau hanya tersenyum atau mencemuh..
Tidak ada terdetik di hati untuk berubah..
Kerana engkau tidak pernah merasakan nikmat Islam yang sebenar..
Hanya yang engkau tahu..aku pasti akan berubah..
Tapi..engkau tidak pernah berusaha untuk berubah..
Kerana Iman mu belum kukuh untuk menangkis hasutan sekelilingmu..
Maka..angan2 untuk menjadi Islam yang sebenar hanya tinggal angan2..
Kerana engkau membaca tanpa hati..
Maka hanya mata memandang kata2...namun tiada kesan di hati..


dipetik dari -
EXCO DAKWAH & TARBIYAH PERKIM UUM-

Tuesday, 20 March 2012

-- PENGKID VS TOMBOY VS LESBIAN --

gambar hiasan
Blog ini pernah post mengenai gay....pada post kali ini mari kita mengenal pasti pengkid, tomboy & lesbian....hanya untuk pengetahuan am....

gambar hiasan
Pengkid

ð Tubuh badan seperti lelaki.
ð Berambut pendek (ada juga yang berambut panjang tetapi mengikut style lelaki)
ð Bergaya seperti lelaki (pakaian,cara bercakap,cara hidup etc)
ð Membengkung payu dara (bind their breast)
ð Amat tertarik dengan wanita yang cantik
ð Menjalinkan hubungan dengan wanita sahaja (homoseksual)
ð Mempunyai ego sangat tinggi (bagi sesetengah pengkid)
ð Sesetengah pengkid tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka adalah perempuan.


gambar hiasan


Tomboy

ð Berpewatakan seperti lelaki selalunya dari segi gaya berpakaian
ð Suka menyertai aktiviti lasak dan mencabar
ð Bukan homoseks(lesbian @ pengkid)
ð Mempunyai perasaan terhadap lelaki










Lesbian
gambar hiasan

 ð Seseorang yang menjalinkan hubungan sejenis sama ada perempuan dengan perempuan. 
















-----pada pandangan anda, kadar pertumbuhan golongan ini semakin bertambah atau berkurang di Malaysia?????---

Adakah Kau lupa?

My name is Erythrocyte

My name is Erythrocyte. I know it's quite a mouthful to pronounce, and most people would get it wrong. So, I prefer to be called a Red Blood Cell.
I used to live in a human body; an honorable Syrian male teenager, circulating through out his body. Due to my elastic biconcave shape, I managed to travel almost every branch of his capillaries, delivering oxygen to and picking up carbon dioxide from the tissues.
But today I’m just one amongst several millions erythrocytes that are now forming a smudge of blood on the Quran pages. I was told that I’m usually capable of living up to 120 days, performing my task. But somehow I got expelled from the circulatory system earlier than I expected. What a shame.
How did I end up on a page of a mushaf, you ask? Hmm, let me tell you my story.
As you probably know, I have lived in my host's body for about 100 days now. Since I was first formed in Kamil's bone marrow, I have witnessed more than several occasions that have made my acquaintance, The Heart, beat like those of racehorses’. When The Heart beats more than 200 beats per minute, then I'll know that something is not right.
Life was not easy here in Syria. Ever since The Syrian Revolution started a couple of months ago, many Syrians now live in hiding. Like refugees in their own land.
You would snort in disbelief or laugh skeptically when you heard how it all started. How a couple of school children were said to playfully write, "The People Want The Government Overthrown", who were later on captured and tortured by getting their nails removed til some of them were dead.
The catchphrase was later on shouted allover the Arab countries who were long suffered under the dictatorships of the so-called democratic leaders.
My Host; Kamil, you see, was a very special teenager. When most people his age would get drunk, smoke weed, explore their sexuality, and enjoy their youth, he would risk his life participating in demonstrations against the cruel Basyar Assad. Ughh, that bastard.
He knew about all the risks. He knew that during the first 42 days of the revolution alone, almost 4000 Syrians had gone to meet their Creator. He knew that more than 9000 people had been captured and some 413 of them had died while in jail.
But he insisted. What a stubborn boy he was.
He said he had a clear vision. A vivid goal. A hopeful dream, that his country would someday be peaceful and habitable. Everybody would live happily, performing their respective roles as Khalifas. He really hoped that, if not for himself, then for the future generations.
But he also knew, that he was fighting a good fight. He knew that if he died, he would die protecting his family, his country, and himself. He knew that he would die as a syahiid, as the fatwa from Rabitah Ulamak Syria said he would.
So on a sunny Friday morning about a week ago, he snuck out to the city after he had prayed Duhaa. He had taken his ghusl and made his wuduk earlier, as most of his people would before going out to march, because they were convinced that they would never to return home ever again. Not alive, at least.
I didn't blame his pessimistic attitude. I understood his tendency to expect the worst. He did not exactly have anything to lose, lately, since his hometown in Homs was surrounded by Basyar's army. Food and water had become scarce. Death had become a normal sight ever since the snipers swarmed the city, shooting innocent bystanders.
Both of his younger brothers, dead. Bullet in the head. His mother, captured and raped in front of him before she was killed mercilessly. His father, thrown in jail without so much as a citation of rights.
Now he was determined to fight back. After reciting a few verses of the Quran that morning, he put the mushaf inside his front pocket, before making his way to join a group of martyrs who were at that time gathering behind a building that used to be a post office.
I remember that day vividly, because I had to work harder than usual. His heart pumped heavily. He was nervous, I guess. He knew he didn't have much against the soldiers. Only a couple of small rocks and a slingshot.
He knew he didn't stand a chance, but he thought that it was the least he could do. When he was little, everybody kept talking about how good his aim was with the slingshot. So he thought maybe he would use that to his advantage. That ought to count for something in the eyes of God, right?
He then took a deep breath, pulled the slingshot, aimed it at one of the soldier's eyes, and with a brief loud yell of 'Allahuakbar', the slingshot made a thwiiiit sound as he released it. A soldier suddenly screamed his lungs out, rolling on the ground side to side, shrieking. He put his hands where his left eye had been just a moment ago. Blood oozed between his fingers.
A series of gunshots were then heard soon after that, as a response. One of the bullets had hit Kamil right in the middle of his chest, which instantly rendered him immobilized on the ground, gasping for air. During his last few breaths, he managed to cry out, 'laailaahaillallah muhammad rasulullah', before the internal bleeding and pneumothorax took his precious life.

And just like that, my wonderful 100 days of sheltering in an ahlil jannah's body finally ended. I splattered out proudly from his blood vessels onto the mushaf, and ended up being right there on top of verse 111 of Surah at-Taubah, that reads:


إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنْ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمْ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ  
"Verily Allah has purchased from the believers their lives and their properties for (the price) that theirs shall be Paradise. They fight in Allah's cause, so they kill (others) and are killed.."

source = http://www.effysaiful.blogspot.com

Friday, 16 March 2012

Pergolakan di Mesir : Persamaan, perbezaan di Malaysia & Kesempatan politik

APABILA terjadinya kebangkitan rakyat Mesir menentang Hosni Mubarak secara besar-besaran di Mesir.
di Malaysia pula kedua-dua belah pihak iaitu parti yang memerintah dan pembangkang pastinya sama 
ada secara senyap-senyap atau terang-terang membuat perbandingan dan bertanya terdapatkah apa-apa 
persamaan ataupun perbezaan di antara kedua-dua buah negara.Soalan pokok yang mahu dicari jawapan:
 Bolehkah apa yang terjadi di Mesir berlaku di Malaysia?Secara pandangan mata kasar, beberapa persamaan memang ada.
Pertama, persamaan paling jelas adalah kedua-dua buah negara mempunyai penduduk majoriti beragama Islam. Bagaimanapun kalau berdasarkan laporan media yang tidak sering putus, faktor agama semata-mata bukanlah yang paling penting dalam mencetus kebangkitan rakyat Mesir.
Para penunjuk perasaan terdiri daripada orang Islam dan juga Kristian Koptik. Oleh itu, persamaan dari segi agama ini mungkin boleh dianggap sebagai tidak begitu relevan dalam usaha untuk menjawab soalan pokok yang dinyatakan di atas.
Kedua, tempoh pemerintahan rejim yang menjadi sasaran protes. Di sini ada persamaan dan juga perbezaan. Di Mesir, usia rejim Mubarak telah menjangkau tiga dekad sementara di Malaysia pula tampuk pemerintahan negara telah dipegang selama lebih lima dekad oleh parti yang sama iaitu Barisan Nasional/Perikatan, yakni sejak negara merdeka.
Sekiranya dipandang dari sudut ini, memanglah ada persamaannya. Bagaimanapun, di Malaysia orang yang memegang jawatan ketua eksekutif, iaitu perdana menteri, telah bertukar sebanyak lima kali dan tidak seperti Mubarak di Mesir yang terus menerus memerintah negaranya selama hampir 30 tahun.
Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, baru dua tahun memegang jawatan tersebut. Ini adalah satu perbezaan. Kemarahan dan kemuakan rakyat Mesir dapat ditumpukan kepada keperibadian Mubarak kerana dia telah begitu lama memerintah negara itu dan boleh dianggap punca segala kelemahan dan kesusahan masyarakat Mesir.Ketiga, kepincangan masyarakat yang menjadi bahan dan sebab musabab protes. 
Di dalam hal ini, terdapat banyak persamaan di antara Mesir dan Malaysia.
Korupsi dan penyelewengan kuasa adalah isu yang mendapat perhatian dan menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat, baik di Mesir, baik di negara ini. Dan ia bukanlah perkara baru dalam mencetus kemarahan rakyat. Amalan korupsi memang terdapat di kedua-dua buah negara. Janji pemerintah untuk membasmi korupsi secara serius jika tidak dikotakan pasti akan menambahkan kebencian rakyat. Apatah lagi sekiranya yang mengamal rasuah dan kronisma adalah pemerintah itu sendiri.  
Di dalam aspek ini, sudah pasti di Malaysia, ada juga yang akan beranggapan dari segi korupsi tiada bezanya dengan Mesir. Cuma sejauh manakah amalan itu berlaku di Malaysia jika dibandingkan dengan Mesir.
Selepas berbicara tentang persamaan yang mungkin ada di antara Mesir dan Malaysia, apa pula perbezaan yang dapat dikenalpasti?
Di Mesir, pilihan raya yang telah dijalankan rata-rata dipersoal dan dicurigai kredibilitinya, terutama sekali yang telah diadakan pada November dan Disember 2010. Di dalam pilihan raya itu, Mubarak telah diumumkan mendapat 97% undi sokongan dari para pengundi Mesir, satu keputusan yang tidak dipercayai oleh rakyat Mesir sendiri. Oleh sebab proses pilihan raya dianggap tidak boleh dipakai sebagai mewakili sentimen dan kehendak rakyat, maka pilihan yang tinggal adalah demonstrasi jalanan.
Di Malaysia, pilihan raya secara umumnya masih boleh dianggap sebagai bebas (free), walaupun terdapat beberapa tandatanya sama ada ia boleh dianggap adil (fair). Perkara-perkara seperti undi pos dan daftar pengundi yang kurang kemas serta penguatkuasaan peraturan pilihan raya yang tidak konsisten menjadi asas kritikan bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah kurang adil.
Bagaimanapun, berdasarkan pilihan raya 2008, yang mana parti pemerintah telah kalah di banyak kerusi dan negeri, pilihan raya di Malaysia boleh dikira masih bebas dan mempunyai potensi sebagai cara untuk rakyat menukar kerajaan. Jadi, di dalam aspek ini, perbezaan ini berbanding Mesir mungkin akan mengurangkan kebarangkalian protes jalanan besar-besaran berlaku di Malaysia sebagai salah satu kaedah untuk ‘regime change’.
Sekiranya terjadi atau meletusnya kebangkitan rakyat Malaysia, seperti yang terjadi di Mesir, apa pula faktor yang boleh membawa kepada kejayaan aspirasi rakyat ataupun sebaliknya, yakni kegagalan?
Perkara paling ketara yang dapat diperhatikan sepanjang revolusi yang bermula pada 25 Januari 2011 di Mesir adalah kebijaksanaan dan disiplin golongan penentang rejim Mubarak, terutamanya Ikhwan Muslimin, dalam keengganan mereka untuk menjadi opportunis politik dan menggunakan gerakan protes rakyat tersebut sebagai satu cara atau vehicle untuk merebut kuasa politik.
Ini adalah disebabkan kesedaran dan pegangan di kalangan mereka bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau jawatan politik semata-mata.
parlimen di mesir


5 DARIPADA 10 LELAKI GAY???!!!!

jika sebelum ini..laporan akhbar ada menyebut 3 drpd 10 lelaki adlh gay, namun pd pengamatan G (bkn nme sbnr), dlm stiap 10 lelaki di negara ini, 5 drpdnya adlh sama ada gay ataupun pondan. Nisbah y diberikan oleh G itu berdasarkan kpd pergaulannya dgn kelompok gay dan pondan.

    ANGKA INI ADALAH AMAT MENGEJUTKAN.... 

''Gay byk bermula di asrama lelaki. Mungkin pd masa itu agak terbendung & mereka tdk berani menampilkan diri....''
''Namun...apabila mereka sudah berada di Universiti & apabila sesama mereka berkumpul, mereka menubuhkan kumpulan masing2....ketika itulah mereka berani menonjolkan diri...''

katanya cara tok mengenal pasti golongan itu ialah dgn menerusi pemerhatian. Kebanyakan (bkn semua) drpd mereka adlh lembut & gemar berkumpul...misalnya 4-5 org di kedai2 mkn mewah. Topik y biasanya menjadi bincangan mereka ialah ttg lelaki kacak, perihal kehidupan artis & sebagainya.

Golongan ini juga ayat y digunakan tok menggoda...& hanya mereka y mengetahui...seperti..sap kon, money boy,chekecho, mak & sebginya..

Menurut G, kebanyakan mereka ini bermuka jambu, penampilan bergaya & tdk suka bermisai. Sesetgh drpd mereka rela membujang sampai ke tua walaupun bermampuan tok berkeluarga.
Menurut G..pusat gay byk wujud di KL dgn port utama di sekitar Brickfield, Bkt Bintang & beberapa tmpt lg. Ia lengkap dgn kemudahan mandi sauna.

''Sbnrnya pengaruh laman2 sosial seperti facebook & laman interaktif, twitter...byk membantu golongan ini berinteraksi. Mereka menyalahgunakan kemudahan ini tok mencari mangsa & rakan y sama seperti mereka..''

Pesannya kpd semua ibu bapa ialah agar melayan anak2 mereka bertepatan dgn jantina masing2..

Drpd penerangan G..mungkin dpt disimpulkan rmi golongan wanita dikatakan hidup  membujang mungkin bukan kerana jumlah mereka lebih drpd lelaki..ttpi mungkin disebabkan segolongan lelaki y gemar mengamalkan gaya hidup songsang...



*G ialah orang y ditemuramah oleh pihak akhbar...
**sumber akhbar Utusan Malaysia, 15/3/2012.

Thursday, 15 March 2012

PENDIDIKAN SEBAGAI TERAS PEMBENTUKAN TAMADUN

Khutbah Jumaat: Rasulullah garis empat tahap pendidikan jadi anak salih


ANAK anugerah dan nikmat terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan berlipat ganda jika mereka dididik dan dibentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh.

Sebaliknya, jika mereka diabaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa depan menjadi sampah kepada masyarakat serta negara. Justeru, memiliki anak yang salih serta baik budi pekerti menjadi impian setiap ibu bapa dan keluarga.
Contohnya, kisah Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria memohon dengan berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali-Imran, ayat 38)

Anak kita sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih daripada sebarang kekotoran zahir ataupun batin. Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan mereka menjadi insan berjaya ataupun tidak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.” (Hadis riwayat iman Muslim)

Menurut Islam memberi pendidikan kepada anak hendaklah dimulakan sejak awal lagi kerana pada usia sebegini segala nilai yang ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka.
Ibnu Sina berpesan, katanya: “Ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai yang buruk.”

Rasulullah SAW menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak iaitu anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap Kedua, anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab. Tahap ketiga (15 hingga 21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan syariat.

Tahap keempat (usia lebih 21 tahun), hendaklah ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat supaya segala tindakan mereka terkawal.

Ibnu Khaldun membahagikan tujuan pendidikan kepada anak dalam tiga bentuk iaitu mempersiapkan anak dari segi keagamaan, akhlak dan pemikiran.

Ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan beranggapan kita sudah menunaikan kewajipan dan hak anak apabila mereka dihantar ke sekolah.
Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan mereka hidup tetapi memastikan mereka mempunyai prinsip teguh dan jati diri yang kuat.

Oleh itu, pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia penting untuk membantu mereka berdepan cabaran masa akan datang. Tanpa prinsip ini ditakuti anak kita mudah terpengaruh pelbagai pemikiran hingga sanggup menggadai prinsip kehidupan mereka.

Memelihara anggota keluarga daripada ancaman neraka tidak bererti mencegah mereka daripada maksiat. Kita juga mesti bersikap aktif mendidik dan menerapkan nilai murni dalam diri mereka sebagai kubu yang dapat menepis serta menapis pengaruh sekitar yang penuh mencabar.

Cuti sekolah sudah bermula dan ibu bapa hendaklah mengambil peluang ini mengatur program bermanfaat buat anak seperti menghadiri kem ibadah serta motivasi yang dianjurkan pelbagai pihak. Rancanglah sesuatu supaya cuti sekolah dimanfaatkan sebaiknya.

Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan kerana mutiara hati ini sebahagian daripada amanah Allah SWT yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Orang Rusia suka membaca

assalamualaikum wrb

~dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

ayuh! ucapkanlah alhamdulillah, tanda syukur kepada ya Rabb atas segala kenikmatan yang diberikan kepada kita. jika ingin dihitung nikmat yang Allah berikan kepada kita, sudah tentu sampai bila-bila ianya tak akan habis.

kata orang, jauh perjalanan, luas pengetahuan. memang betul! sokong 100%. hehe... bukan apa, sejak  bermusafir ni, macam-macam yang telah aku tengok dan macam-macam yang telah aku lalui. jadi, untuk berkongsi pengalaman aku itu, aku akan buat slot "warna-warni perjalananku". slot ni aku akan kupas, cerita dan berkongsia warna-warni kota Moscow dan pengalamanku ketika bermusafir ini. huhu.. moga dipermudahkan oleh Allah untuk aku menaip artikel-artikel tersebut.


jom baca!

untuk kali ini aku nak 'story' mengenai 'budaya membaca' masyarakat Eropah amnya dan masyarakat Rusia khasnya. kalau semua nak tahu, kenapa kebanyakkan negara eropah mendahului dalam kemajuan baik dari segi infrastruktur, teknologi dan juga ilmu? hal ini kerana, budaya membaca serta kesedaran menuntut ilmu dalam kalangan masyarakatnya yang sangat tinggi. kalau kat sini, mana-mana sahaja boleh lihat masyarakatnya sedang membaca. baik dalam kereta api, bas, ketika menunggu bas atau ketika di kedai makan.

membaca juga tanpa mengenal tempat.

untuk pengetahuan semua, yang lebih menariknya, bukan golongan muda atau remaja atau dewasa sahaja yang suka membaca. tapi, golongan emas atau orang tua pun cukup gemar membaca! seriously, aku tak tipu. umur mereka mungkin sama umur dengan atuk dan nenek kita. boleh bayang tak? huhu... kadang-kadang aku terfikir, pernah ke aku lihat 'nenek' di Malaysia membaca dalam LRT atau dalam bas? aku boleh jamin sangat-sangat jarang kita lihat. betul tak? tapi kat sini aku cukup kagum dengan budaya mereka yang sentiasa dahagakan ilmu. kajian juga ada menunjukkan bahawa membaca mampu menguatkan minda. sebab itu lah aku rasa nenek dan atuk kat sini nampak sangat sihat! mungkin mereka mengamalkan budaya membaca ni kot. hehe...

menuntut ilmu tanpa mengenal usia.
ilmu Allah sangatlah luas.
hanya tanya pada diri,
mahu atau tidak dengan ilmu it....


teringat aku akan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Baginda Rasulullah SAW,


wahyu ini menyuruh umat Islam membaca serta mencari ilmu. "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad".  tetapi, menjadi satu persoalan, kenapa budaya itu kurang dipraktikkan dalam kalangan umat Islam? ini menjadi satu cabaran buat diri aku serta para pembaca bagi menyahut 'seruan Allah' ini agar membudayakan ilmu, insha Allah. Ilmu Allah tersangatlah luas dan banyak, jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa tiada apa untuk dibacakan. teringat kata-kata ilmuan Islam yang terkenal, "semakin banyak aku mempelajari ilmu itu, semakin aku merasakan diri ini jahil." jelas menunjukkan bahawa ilmu itu luas, seluas-luasnya!

kesimpulan yang dapat aku buat adalah, ayuh! mari kita semua membudayakan membaca ini dalam kehidupan seharian kita. confirm, dengan membaca ni sedikit pun kita tak rugi. membacakan jambatan ilmu. tapi kalau membaca bahan-bahan yang tidak berfaedah tu, pandai-pandai la fikir ye.... huhu...


ok la. jumpa lagi, insha Allah.. "bangsa membaca, bangsa berjaya!"

assalamualaikum wrb.

p/s- Ini pengalaman rakanku Muhammad Ashrul Affiq bin Abdul Halim yang kini menyambung pelajaran di I.M Sechenov Moscow Medical University,Rusia.. http://mashilife.blogspot.com


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Indahnya melihat budaya sebegini,dan betapa indahnya jika budaya ini dapat diterapkan dalam jiwa setiap anak Malaysia yang sering berkata " ishh..MALU LA ".Ya,rakyat Malaysia memang "pemalu". Jika hal ini berlaku,kukira akan hilanglah budaya rempit,masalah kebejatan akhlak akan terbendung,tiada lagi isu pembuangan bayi,rogol,bunuh,rompak dan sebagainya malah akan lahirnya masyarakat yang berpengetahuan dan tinggi nilai moralnya..

BERSAMA KITA MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA

Teka - teki Imam Al-Ghazali


 ( Gambar sekadar Hiasan)

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



Wallahualam...

Isu pemansuhan PPSMI 2012



Transformasi kurikulum Bahasa Malaysia.

Berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Kementerian Pelajaran akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik.
"Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.
"Pada masa sama, pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum Bahasa Malaysia sekolah rendah," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu.
Selain itu katanya, ia juga memberi penekanan kepada soal memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.
Kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, percaya dengan pendekatan baru itu negara akan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia, memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting demi masa depan negara.
SUMBER : http://www.utusan.com.my/

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Transformasi ini merupakan satu pendekatan yang baik,namun masih lagi terdapat "pro & cons" . Hal ini kerana,seperti yang kita tahu masyarakat global hari ini banyak menggunakan bahasa Inggeris lebih-lebih lagi dalam urusan yang melibatkan negara luar,bagi pendapat saya PPSMI sedikit sebanyak membantu kita untuk"improve our english" tapi, pensyarah saya pernah kata "berapa banyak sangat perkataan-perkataan sains dan matematik yang kita guna dalam kehidupan harian??" ya,mungkin ada betulnya,lagipun seperti yang umum ketahui,negara maju seperti Jepun juga masih menggunakan bahasa ibunda mereka dengan bangganya walaupun dalam urusan antarabangsa namun masih lagi mampu mendapat "title" Negara maju, kita yang membangga-banggakan bahasa asing ni?? fikir-fikirkanlah..Bahasa Melayu pernah dilabel sebagai "lingua franca" masih ingat?? .Jom kita pakat martabatkan bahasa ibunda kita..

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sepintas lalu 'AUKU'...

AUKU...?...apa tu..?
sound like Akta...
yes,..AUKU : Akta Universiti dan Kolej Universiti..
tiba-tiba isu AUKU ini menjadi panas..
kata-kata supaya akta dimansuhkan kerap dilaungkan...
kenapa perlu mansuh?..pinda tak boleh ke?..
adakah semua seksyen di dalam akta tersebut tidak boleh diguna pakai?..
seksyen yang paling kerap dipersoalkan adalah seksyen 15.. 
benarkah kita nih faham apa itu AUKU?..apa fungsi AUKU?..penting ke x penting AUKU nih ?..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 2009

Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan
seksyen yang berikut:
“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
bersekutu dengan persatuan, dsb.
15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamana
undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau
di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar
Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib
Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti
yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan
boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau
urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan
8 Undang-Undang Malaysia Akta A1342
atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan
di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia
di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam
atau di luar Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib
Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk
menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan,
badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan,
badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri
di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi
kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar
Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan
perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat
yang difikirkannya patut.
(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang
ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan,
boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh
semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan
kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah
perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai
demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau
Universiti itu.
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 9
(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar
Universiti tidak boleh dihalang daripada—
(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara
akademik yang berhubungan dengan perkara
yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau
penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut
dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium
atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan
atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama
ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan
atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri
di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak
sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar
atau Universiti itu.
(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar
subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah
diuruskan mengikut seksyen 16.”.
Pindaan seksyen 15a
9. Seksyen 15a Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen
yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen
(1) boleh dikenakan tindakan tatatertib.”;
(b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen
yang berikut:
“(3) Naib Canselor boleh, dalam mana-mana hal
tertentu, memberikan pengecualian kepada mana-mana
10 Undang-Undang Malaysia Akta A1342
orang daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk
kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya
patut.”; dan
(c) dengan memotong subseksyen (4).
Penggantian seksyen 15b
10. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15b dengan
seksyen yang berikut:
“Tanggungan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan
pelajar
15b. Jika suatu kesalahan boleh daftar telah dilakukan
di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan
itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas
nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah
atau mengikut Perlembagaan, tiap-tiap orang yang disabitkan
atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu hendaklah
diuruskan mengikut seksyen 16.”.
Pemotongan seksyen 15c
11. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 15c.
Penggantian seksyen 15d
12. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15d dengan
seksyen yang berikut:
“Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan
boleh daftar dan perkara yang berhubungan dengan
penahanan, dsb.
15d. (1) Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduh atas
suatu kesalahan boleh daftar—
(a) dia boleh, mengikut budi bicara Naib Canselor,
digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 11
(b) jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa
prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau
memasuki Kampus.
(2) Jika seseorang pelajar Universiti yang dipertuduh
atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1)
disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
(3) Jika seseorang pelajar Universiti ditahan atau tertakluk
kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya
di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan
dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri,
pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.
(4) Seseorang pelajar Universiti yang ditahan atau tertakluk
kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke
atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang
berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan
dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa
jua sebab, boleh, dengan persetujuan Senat, dibenarkan untuk
menduduki peperiksaan Universiti itu tertakluk kepada apaapa
perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh
Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri
atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut
kehendak keadaan.
(5) Seseorang pelajar Universiti yang digantung daripada
menjadi pelajar Universiti itu di bawah subseksyen (1) boleh,
semasa dia digantung sedemikian, diterima masuk sebagai
pelajar mana-mana Universiti yang ditubuhkan di bawah
Akta ini dengan kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri
memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apaapa
terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(6) Seseorang pelajar Universiti yang terhenti menjadi
seorang pelajar di bawah Akta ini boleh diterima masuk
sebagai pelajar Universiti itu atau mana-mana Universiti
lain yang ditubuhkan di bawah Akta ini dengan kelulusan
bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu,
Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang
difikirkannya patut.
12 Undang-Undang Malaysia Akta A1342
(7) Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atau
prosiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan mana-mana
prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar Universiti bagi
suatu kesalahan boleh daftar, berkeputusan dengan pelepasan
atau pembebasannya, pelajar itu, jika digantung daripada
Universiti atau telah menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan,
mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibenarkan
untuk menyambung semula pengajiannya di Universiti itu dan
tempoh penggantungan atau pemenjaraan itu, mengikut manamana
yang berkenaan, tidak boleh diambil kira dalam mengira
tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan
kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.
(8) Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen,
rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah atau mana-mana
pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintah tahanan
terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas
seseorang pelajar Universiti di bawah mana-mana undang-undang
bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau
keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya
atau sekatan yang dikenakan ke atasnya dibatalkan, pelajar itu
hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya
di Universiti itu dan tempoh tahanan dan sekatan yang dia
tertakluk kepadanya tidak boleh diambil kira dalam mengira
tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan
kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.”.


peraturan dan undang-undang bukanlah untuk mengongkong ...
bayangkan hidup tanpa peraturan...tanpa sistem yang mengawal..adakah ianya akan berjalan dengan lancar?..

p/s: sama-sama kita fikirkan..make some action on this.to the positive move..(^_^)" ..salah dan silap mohon ditegur..

Wednesday, 14 March 2012

BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG....

lahirnya seorang putera puteri di dunia membawa beribu erti,
saratnya seorang ibu mengandungkan anaknya selama 9 bulan penuh jerih perih..

ibu mengandung untuk apa?

"Allah, jadikan lah anak dalam kandungan ku ini fisabilillah,juga seorang anak yg soleh-solehah, berakhlak, yg taat pada perintahMu yaAllah..jadikan dia sebaik-baik ciptaan Mu, yang dapat memimpin keluarga, agama dan bangsa.. sungguh yaAllah.. perkenankanlah doa hamba mu ini ya Allah..Aminn.. "

ya....ini adalah DOA seorang ibu yang sedang mengandungkan anaknya.. seorang ibu tunggal.

selepas 9 bulan 10 hari, lahirlah seorang bayi yang comel. penyeri hidup sang ibu yang sunyi, penemannya di malam hari. penawar hiba, pengubat segala duka dan lara.

anak yang lahir dididik, diasuh sebaik mungkin, serba kekurangan mungkin.. tapi segala kemahuan mu, sedaya upaya ibu usahakan..

25 tahun berlalu, kini... kau telah besar anak ku.. aku bersyukur kau menjadi anak yg cantik sekali. indah di pandangan mata. "ke Universiti juga anak ku ini.. bangga ibu..belajar rajin2 ya.. jangan risau kan mak kat kampung ni, belajar lah rajin2.. ingat Allah selalu.. mintak pada Allah.. ya? " ibu berkata dengan linangan air mata.

di Universiti......
1-(rakan2 ku sangat bergaya.. mewah hidupnya. berkereta, berpakaian berjenama.. bersosial tidak kira masa)

2- pelajaran ku nombor 2.... boyfriend ku selalu dimata.. kemana sahaja..hotel, kelab mewah.. hidup mewah tanpa sengsara.. dibelai, dimanja....

3-ibu......... punya ibukah aku?? oh... ada.. ibu di kampung. ibu yg masuk kan duit sekadar rm300 sebulan tu??.... terlupa aku......

berparti... seronok.. sangat seronok.. hingga lah.... aku dicekup ketika menghadiri undangan parti..dan inilah akibatnya...




menyesal tak ada guna.. ibu di rumah sedih dan malu tak terhingga.. mengenang anak yang disana berhibur hingga terpedaya...





ayuh semua.. jauhi maksiat.. hilangkan konsep tamadun kini yang banyak dipengaruhi barat.. kembalikan cara hidup Islam, InsyaAllah,, hidup aman bahagia dan berkat hingga akhir hayat...



 smileee~~ =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...